Salam Perjuangan

Di sini saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan olehnya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan memupuk ukhwah sesama kita. Saya berharap blog saya ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan orang lain

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan & Berkat Puasa



Assalamualaikum wbt.

Satu kisah yang diceritakan oleh Asy- Syibli.

Suatu hari, beliau sedang berjalan bersama satu kafilah dari Syam. Tiba-tiba datang gerombolan perompak menyerang mereka. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh rombongan Asy -Syibli kecuali menyerah diri kerana kalau melawan akan membawa kepada kebinasaan.

Maka para perompak itu merampas barang dari tangan setiap orang. Setelah semua barang rampasan itu dikumpulkan, mereka membawa kepada ketuanya. Mereka membuka bungkusan demi bungkusan dan sampailah pada sebuah bungkusan berisi makanan. Lalu mereka dengan bangganya sambil bersuka-suka. Tetapi ketua perompak itu tidak mahu makan sedikitpun, dia hanya melihat sahaja pada anak buahnya yang berpesta.

"Mengapa anda tidak makan sama?" tanya Asy-Syibli kepada ketua perompak.

"Saya berpuasa" jawabnya,

"Berpuasa? Betul ke?"

"Sungguh aku berpuasa"

"Bagaimana itu?"

"Mengapa pula?"

"Engkau merompak, merampas harta setiap yang lalu di jalan ini dan juga membunuh manusia sedangkan engkau berpuasa." kata Asy-Syibli.

"Wahai syeikh, aku mesti berbuat baik. Kami tidak ingin terus meompak." jawabnya.

Setelah beberapa tahun, Asy-Syibli pergi ke Makkatul Mukarramah untuk mengerjakan ibadah di kota suci itu. Ketika beliau bertawaf di sekeliling Ka'bah, tiba-tiba dia melihat lelaki berbadan kurus berakaian ihram. Tiba-tiba dia teringat bahawa itu ialah ketua perompak yang pernah menyerangnya dahulu.

"Kalau tidak silap anda adalah ketua gerombolan perompak yang pernah merompak kafilah saya di suatu ketika dahulu bukan?" tanya Asy-Syibli.

"Betul tuan" jawabnya.

"Mengapa sekarang anda tiba-tiba jadi baik begini?"

"Kan sudah saya katakan dahulu kita mesti ada peluang untuk berbaik-baik. Maka puasa itulah yang telah menarikku ke jalan damai dan baik begini".

Ketua perompak itu telah bertaubat bersungguh-sungguh dan menjadi seorang muslim yang dikasihi Allah.

Puasa dapat mengubah hati yang keras menjadi lembut.