Salam Perjuangan

Di sini saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan olehnya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan memupuk ukhwah sesama kita. Saya berharap blog saya ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan orang lain

Tuesday, March 22, 2011

Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Sunday, March 20, 2011

Method dan kelemahan dakwah kepada Saudara Baru Islam



Disini saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman dan pengamatan saya terhadap kerja-kerja dakwah sebelum dan selepas seseorang itu memeluk agama Islam dengan menyaksikan dirinya dengan pegangan akidah “Tuhan yang berhak disembah adalah Allah S.W.T dan Menyaksikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi Allah. Sebelum saya teruskan coretan ini ,Saya ingin mengenalkan diri ,saya adalah salah seorang yang memeluk islam pada tahun 2002 dan bekas penganut agama Hindu.Yang kini terasa cinta dan sayang kepada Islam dan tuntutannya.Sesungguhnya saya gembira mendapat hidayah dari yang maha kuasa dan dapat berdiri diatas satu agama yang yang benar (AdDeen) dan Syumul (Sempurna).Alhamdulillah.Dalam meniti hidup sebagai seorang yang baru bergelar Islam dan menjadikan islam sebagai ilham kehidupan dan Akidah sebagai tunjang perjuangan dalam kehidupan.Banyak liku-liku dan cabaran terpaksa saya hadapi tetapi sedikit pun ia tidak mengubah perjuangan malah menjadikan setiap cabaran dan halangan sebagai tunjang dan platform dalam menghayati kemanisan Iman dan ketenangan jiwa.Cuma disini saya menyatakan bahawa diri saya sangat bertuah kerana mendapat galakan dan sokongan yang penuh dari masyarakat dan rakan-rakan saya ketika dan selepas memeluk islam tapi apa yang ingin saya sampai adalah lebih kepada nasib rakan-rakan dan juga pengamatan diri saya ke atas platform dakwah.Mungkin masih mentah dan baru dalam melontarkan isu-isu ini tetapi saya yakin dan percaya dengan pendirian saya “Tidak Penting Lahir Sebagai Islam , Yang Penting menerima ajal dengan Islam yang sempurna “ Dalam kekalutan menerima golongan saudara baru ,kadang-kadang banyak kelemahan yang terdapat dalam platform untuk menjadi seorang yang tidak berakidah kepada yang berakidah.Ini sedikit sebanyak menjadikan method dakwah kita terhenti dan tidak berpanjangan.Disini saya ingin kemukakan sedikit sebanyak keluhan hati dan juga aras ukur yang perlu perbaiki.dalam memberi tarbiah dan juga bimbingan kepada saudara baru.Secara umumnya kita haruslah membahagikan Perjalanan dakwah seorang saudara baru kepada tiga aspek iaitu :-

Sebelum memeluk islam Semasa memeluk islam Selepas memeluk islam Menjadi trend kita untuk lebih terburu dalam mengajak seseorang itu untuk memeluk Islam tanpa mengkaji akan kehidupannya sebelumnya.Sikap ini saya nampak lebih kepada mengajak tanpa memberi asas yang harus dimiliki oleh seorang saudara baru selepas dipilih menjadi khalifah Allah. Disini saya suka menjadikan contoh dakyah yang dilakukan oleh penganut lain.Menggunakkan Konsep “ Serve and Service” “.Konsep serve and Service ini akan menjadi seorang mualaf atau yang baru berjinak dalam mengenali erti kehidupan seorang muslim yang lebih terjamin dan teratur.Ini adalah satu kelemahan yang ketara yang saya nampak dalam konsep dakwah kita lebih kepada mengajak bukannya menjaga.Disini ingin saya huraikan sedikit konsep Serve and Service : Serve Kakitangan atau Jabatan terlibat haruslah memberi layanan yang lebih effective kepada seorang non-muslim yang berhajat untuk memeluk islam disamping mengetahui sedikit sebanyak selok belok akan kehidupan sebelumnya .Bukan sahaja menanti akan kedatangan mereka tetapi lebih kepada konsep “ Go to field “ mesti di terapkan.Harus juga kakitangan yang terlibat tahu sedikit sebanyak kaedah-kaedah dalam menyelesaikan kebuntuan seorang mualaf bukan saja dalam bab Islam malah dalam pegangan agama lain .( Muqharanah ).Saya sendiri pernah mengalami satu sitausi yang mana rakan yang ingin memeluk islam tetapi dia tidak dapat satu jawapan lebih kepada teguh dalam memadamkan pegangan terdahulu oleh yang terdahulu islam nya.Disamping itu juga kita boleh wujudkan kumpulan yang dipanggil “Rakan Dakwah”dikalangan saudara baru secara tidak langsung akan menyumbangkan permudahkan kaedah berdakwah kepada non-muslim dan juga kepada rakan-rakan saudara baru. Service Urusan memeluk islam kadang-kadang menyusahkan diantara dari segi pendaftaran dan juga Follow-up dari pihak-pihak terlibat.Kebanyakan saudara baru hanya ditinggalkan selepas urusan pendaftaran.Adakah dengan mendaftar sudah cukup untuk menilai tahap akidah seorang saudara baru,Contohnya pemberian zakat di buat dalam 7 tahun pertama dalam memeluk islam dan setiap tahun saudara ini akan dipanggil untuk menerima bantuan zakat.Apa yang terjadi pada saudara baru lebih 7 tahun,mereka dipinggirkan malah kadang jabatan sendiri tidak tahu dimana mereka.Cukup menyedihkan apabila ramai saudara baru kita kembali ke jalan asal selepas tempoh masa 7 tahun .Ini tidak berlaku pada penganut lain.Mereka sanggup menjaga Seseorang baru menganut dari segi Sosial,Rohani dan juga ekonomi. Sepanjang penglibatan saya dalam kerja-kerja dakwah ,permasalahan selepas memeluk islam adalah berbeza mengikut kaum atau bangsa.Coretan ini saya kemukan berpandu kepada pengalaman terlibat dalam mengislamkan saudara baru dari kaum India ,Cina dan Asli.Saya ingin kemukakan permasalahan suadara baru mengikut bangsa mengikut pengamatan dan penglibatan saya . Saudara Baru dari kalangan India dan cina kebanyakan memeluk islam di sebabkan Hikmah yang terdapat dalam Islam berbanding dari agama asal nya atau melalui perkahwinan dengan gadis melayu.Disini ada kelebihan dan kelemahan antaranya saudara baru yang memeluk kerana perkahwinan segelintarnya meninggalkan jauh pegangan akidah dan ini juga turut menjadi seseorang yang islam hanya di atas nama islam tetapi bukan atas amalannya tetapi masih ramai yang dapat meneruskan kehidupan sebagai muslim selepas mendirikan rumah tangga.Disini kelemahannya adalah apabila nilai Serve and Service tidak ada .Kebanyakkan saudara baru ini akan malap selepas diri rasa tertekan dengan persekitaran. Maka kita gagal untuk mengaturkan dan memantapkan akidah mereka.Sokongan dari pihak-pihak terlibat juga tidak begitu cemerlang kerana mereka lebih menjurus kepada pemantapan akidah dan program-program ke atas orang-orang asli.Disini wujud double standard dalam penerapan nilai islam yang berterusan kepada saudara baru dari kaum India dan Cina. Walaubagaimanapun keadaan nasib bagi saudara baru Asli agak berbeza.Kebanyakkan mereka menerima islam atas dasar dakwah bilhal ( Dakwah kebajikan )Kuantiti yang memeluk islam memang ramai berbanding dengan kaum-kaum lain.Tetapi keberkesanan dakwah agak teruji apabila 80% mereka tidak mengamalkan ajaran dan tuntutan islam.Keadaan ini bertambah teruk apabila segelintir mereka memeluk islam hanya untuk mendapat habuan dari pihak Majlis melalui duit zakat.Disini saya tidak menyalahkan sikap mereka tetapi yang menjadi pertikaian adalah konsep dakwah berterusan kita gagal dan dakwah kita lebih kepada konsep ‘Seoson Missionary’.Yang mana kita hanya mengada program-program yang bermusim dan tinggalkan mereka dengan satu kesan yang tidak begitu effective. Memang pihak berwajib menyedia seorang pengerak untuk menjaga Kampung-kampung yang penduduk yang beragama islam.malah ada pengerak tak sanggup untuk berdepan dengan kerenah mereka dan segelintir mereka tidak tinggal di kampung asli.Ini membuka ruang atas ketidak keberkesanan dakwah yang berterusan keatas masyarakat Asli umumnya.Tetapi persoalannya kenapa masih banyak surau-surau dikampung asli tidak di imarahkan seperti surau-surau kita.Saya merasakan konsep “ Life change” mesti diterapkan oleh kita seperti yang sedang di lakukan oleh Missionary agama lain.ada perubahan yang dilakukan oleh jabatan yang terlibat tetapi yang menjadi masalah apabila perubahan yang ingin diterapkan mengambil masa yang lama. Secara tidak langsung mengheret kaum asli untuk kembali dalam kehidupan jahil tetapi secara zahir nya islam.Sepanjang pengamatan saya juga segelintar dari mereka masih mengamalkan pemakanan dari makanan haram seperti babi , biawak dan lain-lain. Adakah ini kerana salah dari kaum asli itu sendiri ? Bah kata pepatah “ Ikut kan hati nak dipeluk gunung,tetapi apa kan daya tangan tidak sampai “disini setiap saudara baru orang asli ingin menjadi seorang muslim yang baik dan memakan makanan yang halal tetapi yang membatasi mereka adalah keupayaan kuasa beli.Seoarang yang baru memeluk islam memang diberi duit sumbangan memeluk islam Mengikut kadar bilangan ahli dalam keluarga tetapi ini tidak memadai untuk membuat life change saudara baru Asli.Penekanan ekonomi Saudara baru asli juga harus diubah sebaik sahaja memberikan kalimah “ Lailahailalah “ Muhammadar Rasulllah”. Kadar pemberian zakat kepada ketua keluarga sebanyak RM300~RM350 tidak memadai jika kita bahagikan mengikut kadar purata bulan sebanyak RM29.20.Harus difikirkan juga kebanyakkan kegiatan dakyah memberi ganjaran yang lebih hebat dari kita.Duit bukan aras ukur untuk menilai akidah seorang Cuma masyarakat ini lebih tergugat imannya atas kedaifan kehidupan mereka. Ekonomi adalah satu aspek harus kita diberi perhatian dalam memberi atau menyebarkan dakwah kepada masyrakat asli .Apa yang harus kita lakukan ialah selain kita menyampaikan dakwah,kita harus berusaha untuk membuang sikap kita dengan memberi Serve semasa memeluk islam tetapi tidak memberi Service selepas menerima islam dan pengerak sendiri harus pandai memainkan peranan untuk menghidupkan dan mengimarahkan suasana di perkampungan Asli dan disamping membuka minda masyrakat sekeliling untuk menerima saudara baru asli tanpa meletakkan satu keraguan pada akidah kaum ini. Akhir dari saya , saya memohon pihak-pihak yang terlibat supaya lebih serious dalam menyampaikan dakwah yang berterusan ,Sesungguh tidak ada nilai ganjaran yang Allah akan berikan atas kerja-kerja ikram kita keatas jalan Allah.Saya juga meminta supaya ramai saudara baru yang ingin bergiat dalam mendalami dan ingin menyampai kan dakwah kepada none muslim semoga dengan adanya konsep Serve And Service dari semua kepada yang baru memeluk islam dapat membentuk seoranag muslim dan bartatih dengan bantuan semua menuju ke destinasi yang diredhai oleh Allah S.W.T

Saya sudahi dengan sepotong ayat dari Kalamullah: “Serulah semua manusia kejalan Tuhanmu secara bijaksana, dan berilah peringatan secara lemah lembut, dan berbahaslah dengan jalan yang paling baik” – Qur’an 16:125

Semoga Islam subur dalam kehidupan Saudara-saudara saya yang baru dan yang akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T

Yang Benar. Bro .Mohammad Azizi Iqmal B Abdullah.

SAHABAT SAYA SAUDARA BARUU


Friday, March 18, 2011

Perjalanan Hari Kebangkitan


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua bagian tubuh manusia akan hancur kecuali satu tulang, iaitu ujung ekornya (ajab al-dzanb). Dari tulang inilah dibangunkan kembali penciptaannya pada hari kiamat.” Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dalam riwayat Abu Ya’la dan Al-Hakim dari Abu Said Al-Khudri, para sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah rupa ujung ekor itu?” Baginda menjawab, “Seperti biji sawi (habbat khardal).” Maknanya tulang itu sangat kecil sehingga hampir tak terlihat oleh mata biasa.

Beberapa hadis menjelaskan bahawa proses pengembalian makhluk dimulai dengan hujan yang sangat lebat menyirami bumi selama beberapa hari. Air itu menumbuhkan tulang bakal makhluk yang terpendam di bawah tanah ini tumbuh dan berkembang. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mereka kemudian tumbuh bagaikan sayuran di musim hujan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Apabila hari kebangkitan yang ditentukan telah tiba, Israfil meniup sangkakalanya (sur) yang mengembalikan setiap roh ke jasad. Manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain mulai tersedar dari tidur yang panjang. Mereka berkata, “Duhai celakalah kami. Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?” seperti yang diceritakan dalam surah Yasin: 52.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitankan sebagaimana keadaan mereka ketika pertama kali diciptakan.” Rasulullah lalu membaca: Sebagaimana kami menciptakan (manusia) pertama kali, maka kami akan mengembalikannya. Itu merupakan janji yang akan kami laksanakan.” (Qs Al-Anbiya: 104).

Mahsyar

Tidak lama kemudian, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yang terdiri dari jutaan manusia menuju ke satu arah. “Hati manusia pada waktu itu sangat takut, pandangannya tertunduk.” (Qs Al-Nazi’at: 8-9). Sebahagian mereka berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan “dengan wajahnya”. Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Bagaimana seorang kafir berjalan dengan wajahnya?” Baginda menjawab, “Bukankah (Allah) yang membuatnya dapat berjalan dengan kaki, maka Dia juga mampu membuatnya berjalan dengan wajah?” Hadis riwayat Muslim.

Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar; sebuah padang luas yang tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai, datar tanpa bukit dan lubang. Tak ada bangunan ataupun bendera yang menunjukkan pemilikan. Al-Ghazali berkata, “Janganlah engkau mengira bahawa tanah itu seperti tanah di dunia ini. Tidak ada kesamaan antara keduanya melainkan namanya sahaja.”

Ibn Mas’ud berkata, “Tanah pada hari itu semuanya (dipenuhi) api, dan syurga di seberangnya telah terlihat bersama para bidadari dan cawan-cawan minumannya.” Diriwayatkan oleh Imam Waki’ dalam kitab “Al-Zuhd”.

Keringat

Bayangkan jutaan manusia sejak zaman Nabi Adam hingga generasi terakhir berkumpul dan bersesak-sesakan. Di bawah sinar matahari yang sangat panas, tanah yang membara, ditambah lagi suasana hati yang dipenuhi ketakutan, pada saat itu tubuh manusia basah dengan keringat. Dalam hadis Muslim dari Al-Miqdad bin Al-Aswad, Nabi s.a.w. bersabda, “Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu mil. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai dengan amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya.”

Imam Ibn Abi Jamrah dalam Syarh Sahih Al-Bukhari berkata, “Manusia yang paling terseksa dengan keringatnya ini adalah orang-orang kafir, kemudian (Muslim) pelaku dosa-dosa besar, dan seterusnya.”

Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihyak Ulumiddin , “Ketahuilah setiap titis keringat yang tidak pernah dikeluarkan dalam bekerja di jalan Allah, dalam haji, jihad, puasa, tahajud, membantu Muslim atau beramar makruf nahi munkar, maka keringat itu akan dikeluarkan oleh rasa malu dan takut pada hari kiamat nanti.”

Balasan Amal sebelum Hisab

Singkat kata, setiap orang pada hari kebangkitan ini merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal. Al-Ghazali berkata, “Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.”

Pada hari itu, sekecil apa pun amal kebaikan yang pernah dilakukan seseorang di dunia sangat berharga untuk melepaskan sebahagian dari seksaan yang dideritanya ini. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan, maka Allah akan melepaskan darinya satu daripada kesusahan yang terdapat pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang menginginkan agar Allah menyelamatkannya daripada kesusahan (yang dialami) pada hari Kiamat, maka bantulah orang yang dalam kesusahan, atau kurangilah kesusahannya.” (Riwayat Muslim).

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Seseorang akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan (hisab) tiba.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di “Musnad”-nya.

Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, “Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat. Barang siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan. Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. Dan barang siapa yang pernah memaafkan karena Allah, maka Allah akan memaafkannya.”

Ulama tabiin kenamaan di kota Mekah, Sufyan bin ‘Uyainah, berkata, “Tidak ada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya melebihi kebesaran kalimat tauhid: La ilaha illallah. Sebab kalimat ini di akhirat ibarat air sejuk di dunia.” Diceritakan oleh Imam Al-Hafiz Jamaluddin Al-Mizzi dalam Tahdzib Al-Kamal fi Asma Al-Rijal.

Di bawah Naungan Allah

Sementara itu, apabila kebanyakan manusia dalam kesusahan, terdapat orang-orang tertentu yang seolah-olah tidak mengalami sebarang seksaan apa pun. Mereka adalah orang-orang yang di dunia telah mengalami kesusahan sekejap demi menjaga agama dan prinsipnya, ketika kebanyakan manusia pada saat itu menikmati keseronokan hawa nafsunya.

Rasulullah s.a.w. bercerita tentang mereka, “Tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya; pemimpin yang adil, pemuda yang tubuhnya sentiasa menyembah Allah, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid jika ia keluar hingga kembali semula, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya, seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sendirian hingga meneteskan air mata, seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dengan berkata: aku takut kepada Allah, dan seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.”

Hadis sahih yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim ini mengandung keutamaan luar biasa untuk orang-orang yang memiliki salah satu, apalagi lebih, dari tujuh sifat ini. Iaitu adil, menjaga kebersihan diri sejak muda, sangat mencintai masjid, cinta kerana Allah, mengingat Allah dalam keadaan sendirian, menjaga diri daripada zina, dan bersedekah tanpa mengharap sembarang pujian ataupun balasan.

Imam ahli hadis terbesar di Andalusia Al-Hafiz Ibn Abdil Bar dalam dua kitabnya Al-Tamhid dan Al-Istizkar mentakwil kalimat “naungan Allah” yang disebutkan dalam hadis ini dengan “rahmat Allah.” Sebab mustahil Allah s.w.t. memiliki bayangan hingga manusia dapat berteduh di bawahnya.

Ahli hadis yang dikenal dengan gelaran Hafiz Al-Maghrib ini selanjutnya berkata, “Barang siapa yang berada di bawah naungan Allah, maka ia selamat dari kengerian hari kebangkitan dan segala sesuatu yang tengah menimpa manusia lain pada saat itu seperti rasa khuatir, stres dan (seksaan) keringat.”

Wasilah: Syafaat Terbesar

Setelah sekian lama berdiri di padang Mahsyar yang penuh derita itu, semua manusia sudah tidak mampu lagi menunggu. Mereka segera mendatangi nabi-nabi kekasih Allah agar mereka diperkenankan permintaan bagi Allah memulai hisab. Namun semua nabi-nabi, mulai dari Nabi Adam hingga Nabi Isa as, tidak ada yang berani mengabulkan permintaan itu. Mereka semua terlalu sibuk memikirkan kesalahan yang pernah mereka lakukan sehingga malu untuk meminta kepada Allah pada hari yang sangat menakutkan itu.

Para nabi dan rasul kemudian mengarahkan semua manusia supaya menemui kekasih Allah, pemilik wasilah dan syafaat terbesar, Baginda Muhammad s.a.w. Semua manusia kemudian melaksanakan anjuran tersebut. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda segera berjalan ke arah Arasy lalu bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan puja-pujian yang belum pernah beliau ucapkan sebelumnya. Allah s.w.t. lalu berfirman, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu. Mintalah, Aku akan mengabulkan.” Rasulullah s.a.w. segera meminta untuk dimulai hisab.

Allah segera menurunkan perintahnya kepada semua malaikat, maka hisab yang sangat menentukan itu segera dimulakan.

Friday, March 11, 2011

PEMURAHNYA ALLAH TUHANKU

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Thursday, March 10, 2011

Redha Suami, Redha Allah jua...

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Wednesday, March 2, 2011

CIUMLAH ANAKMU


Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.

Sabda Nabi SAW; Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; ?Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?

Jawab baginda; Berbaktilah kepada ibu bapamu.

Kata lelaki itu lagi; ?Ibu bapaku sudah tiada lagi.

Sabda Nabi SAW; Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.

Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..

Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis,

Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman..

Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof,

Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...

Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah,

Andai Dirimu Tidak Sesempurna Rasulullah SAW...