Salam Perjuangan

Di sini saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan olehnya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan memupuk ukhwah sesama kita. Saya berharap blog saya ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan orang lain

Sunday, March 20, 2011

Method dan kelemahan dakwah kepada Saudara Baru Islam



Disini saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman dan pengamatan saya terhadap kerja-kerja dakwah sebelum dan selepas seseorang itu memeluk agama Islam dengan menyaksikan dirinya dengan pegangan akidah “Tuhan yang berhak disembah adalah Allah S.W.T dan Menyaksikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi Allah. Sebelum saya teruskan coretan ini ,Saya ingin mengenalkan diri ,saya adalah salah seorang yang memeluk islam pada tahun 2002 dan bekas penganut agama Hindu.Yang kini terasa cinta dan sayang kepada Islam dan tuntutannya.Sesungguhnya saya gembira mendapat hidayah dari yang maha kuasa dan dapat berdiri diatas satu agama yang yang benar (AdDeen) dan Syumul (Sempurna).Alhamdulillah.Dalam meniti hidup sebagai seorang yang baru bergelar Islam dan menjadikan islam sebagai ilham kehidupan dan Akidah sebagai tunjang perjuangan dalam kehidupan.Banyak liku-liku dan cabaran terpaksa saya hadapi tetapi sedikit pun ia tidak mengubah perjuangan malah menjadikan setiap cabaran dan halangan sebagai tunjang dan platform dalam menghayati kemanisan Iman dan ketenangan jiwa.Cuma disini saya menyatakan bahawa diri saya sangat bertuah kerana mendapat galakan dan sokongan yang penuh dari masyarakat dan rakan-rakan saya ketika dan selepas memeluk islam tapi apa yang ingin saya sampai adalah lebih kepada nasib rakan-rakan dan juga pengamatan diri saya ke atas platform dakwah.Mungkin masih mentah dan baru dalam melontarkan isu-isu ini tetapi saya yakin dan percaya dengan pendirian saya “Tidak Penting Lahir Sebagai Islam , Yang Penting menerima ajal dengan Islam yang sempurna “ Dalam kekalutan menerima golongan saudara baru ,kadang-kadang banyak kelemahan yang terdapat dalam platform untuk menjadi seorang yang tidak berakidah kepada yang berakidah.Ini sedikit sebanyak menjadikan method dakwah kita terhenti dan tidak berpanjangan.Disini saya ingin kemukakan sedikit sebanyak keluhan hati dan juga aras ukur yang perlu perbaiki.dalam memberi tarbiah dan juga bimbingan kepada saudara baru.Secara umumnya kita haruslah membahagikan Perjalanan dakwah seorang saudara baru kepada tiga aspek iaitu :-

Sebelum memeluk islam Semasa memeluk islam Selepas memeluk islam Menjadi trend kita untuk lebih terburu dalam mengajak seseorang itu untuk memeluk Islam tanpa mengkaji akan kehidupannya sebelumnya.Sikap ini saya nampak lebih kepada mengajak tanpa memberi asas yang harus dimiliki oleh seorang saudara baru selepas dipilih menjadi khalifah Allah. Disini saya suka menjadikan contoh dakyah yang dilakukan oleh penganut lain.Menggunakkan Konsep “ Serve and Service” “.Konsep serve and Service ini akan menjadi seorang mualaf atau yang baru berjinak dalam mengenali erti kehidupan seorang muslim yang lebih terjamin dan teratur.Ini adalah satu kelemahan yang ketara yang saya nampak dalam konsep dakwah kita lebih kepada mengajak bukannya menjaga.Disini ingin saya huraikan sedikit konsep Serve and Service : Serve Kakitangan atau Jabatan terlibat haruslah memberi layanan yang lebih effective kepada seorang non-muslim yang berhajat untuk memeluk islam disamping mengetahui sedikit sebanyak selok belok akan kehidupan sebelumnya .Bukan sahaja menanti akan kedatangan mereka tetapi lebih kepada konsep “ Go to field “ mesti di terapkan.Harus juga kakitangan yang terlibat tahu sedikit sebanyak kaedah-kaedah dalam menyelesaikan kebuntuan seorang mualaf bukan saja dalam bab Islam malah dalam pegangan agama lain .( Muqharanah ).Saya sendiri pernah mengalami satu sitausi yang mana rakan yang ingin memeluk islam tetapi dia tidak dapat satu jawapan lebih kepada teguh dalam memadamkan pegangan terdahulu oleh yang terdahulu islam nya.Disamping itu juga kita boleh wujudkan kumpulan yang dipanggil “Rakan Dakwah”dikalangan saudara baru secara tidak langsung akan menyumbangkan permudahkan kaedah berdakwah kepada non-muslim dan juga kepada rakan-rakan saudara baru. Service Urusan memeluk islam kadang-kadang menyusahkan diantara dari segi pendaftaran dan juga Follow-up dari pihak-pihak terlibat.Kebanyakan saudara baru hanya ditinggalkan selepas urusan pendaftaran.Adakah dengan mendaftar sudah cukup untuk menilai tahap akidah seorang saudara baru,Contohnya pemberian zakat di buat dalam 7 tahun pertama dalam memeluk islam dan setiap tahun saudara ini akan dipanggil untuk menerima bantuan zakat.Apa yang terjadi pada saudara baru lebih 7 tahun,mereka dipinggirkan malah kadang jabatan sendiri tidak tahu dimana mereka.Cukup menyedihkan apabila ramai saudara baru kita kembali ke jalan asal selepas tempoh masa 7 tahun .Ini tidak berlaku pada penganut lain.Mereka sanggup menjaga Seseorang baru menganut dari segi Sosial,Rohani dan juga ekonomi. Sepanjang penglibatan saya dalam kerja-kerja dakwah ,permasalahan selepas memeluk islam adalah berbeza mengikut kaum atau bangsa.Coretan ini saya kemukan berpandu kepada pengalaman terlibat dalam mengislamkan saudara baru dari kaum India ,Cina dan Asli.Saya ingin kemukakan permasalahan suadara baru mengikut bangsa mengikut pengamatan dan penglibatan saya . Saudara Baru dari kalangan India dan cina kebanyakan memeluk islam di sebabkan Hikmah yang terdapat dalam Islam berbanding dari agama asal nya atau melalui perkahwinan dengan gadis melayu.Disini ada kelebihan dan kelemahan antaranya saudara baru yang memeluk kerana perkahwinan segelintarnya meninggalkan jauh pegangan akidah dan ini juga turut menjadi seseorang yang islam hanya di atas nama islam tetapi bukan atas amalannya tetapi masih ramai yang dapat meneruskan kehidupan sebagai muslim selepas mendirikan rumah tangga.Disini kelemahannya adalah apabila nilai Serve and Service tidak ada .Kebanyakkan saudara baru ini akan malap selepas diri rasa tertekan dengan persekitaran. Maka kita gagal untuk mengaturkan dan memantapkan akidah mereka.Sokongan dari pihak-pihak terlibat juga tidak begitu cemerlang kerana mereka lebih menjurus kepada pemantapan akidah dan program-program ke atas orang-orang asli.Disini wujud double standard dalam penerapan nilai islam yang berterusan kepada saudara baru dari kaum India dan Cina. Walaubagaimanapun keadaan nasib bagi saudara baru Asli agak berbeza.Kebanyakkan mereka menerima islam atas dasar dakwah bilhal ( Dakwah kebajikan )Kuantiti yang memeluk islam memang ramai berbanding dengan kaum-kaum lain.Tetapi keberkesanan dakwah agak teruji apabila 80% mereka tidak mengamalkan ajaran dan tuntutan islam.Keadaan ini bertambah teruk apabila segelintir mereka memeluk islam hanya untuk mendapat habuan dari pihak Majlis melalui duit zakat.Disini saya tidak menyalahkan sikap mereka tetapi yang menjadi pertikaian adalah konsep dakwah berterusan kita gagal dan dakwah kita lebih kepada konsep ‘Seoson Missionary’.Yang mana kita hanya mengada program-program yang bermusim dan tinggalkan mereka dengan satu kesan yang tidak begitu effective. Memang pihak berwajib menyedia seorang pengerak untuk menjaga Kampung-kampung yang penduduk yang beragama islam.malah ada pengerak tak sanggup untuk berdepan dengan kerenah mereka dan segelintir mereka tidak tinggal di kampung asli.Ini membuka ruang atas ketidak keberkesanan dakwah yang berterusan keatas masyarakat Asli umumnya.Tetapi persoalannya kenapa masih banyak surau-surau dikampung asli tidak di imarahkan seperti surau-surau kita.Saya merasakan konsep “ Life change” mesti diterapkan oleh kita seperti yang sedang di lakukan oleh Missionary agama lain.ada perubahan yang dilakukan oleh jabatan yang terlibat tetapi yang menjadi masalah apabila perubahan yang ingin diterapkan mengambil masa yang lama. Secara tidak langsung mengheret kaum asli untuk kembali dalam kehidupan jahil tetapi secara zahir nya islam.Sepanjang pengamatan saya juga segelintar dari mereka masih mengamalkan pemakanan dari makanan haram seperti babi , biawak dan lain-lain. Adakah ini kerana salah dari kaum asli itu sendiri ? Bah kata pepatah “ Ikut kan hati nak dipeluk gunung,tetapi apa kan daya tangan tidak sampai “disini setiap saudara baru orang asli ingin menjadi seorang muslim yang baik dan memakan makanan yang halal tetapi yang membatasi mereka adalah keupayaan kuasa beli.Seoarang yang baru memeluk islam memang diberi duit sumbangan memeluk islam Mengikut kadar bilangan ahli dalam keluarga tetapi ini tidak memadai untuk membuat life change saudara baru Asli.Penekanan ekonomi Saudara baru asli juga harus diubah sebaik sahaja memberikan kalimah “ Lailahailalah “ Muhammadar Rasulllah”. Kadar pemberian zakat kepada ketua keluarga sebanyak RM300~RM350 tidak memadai jika kita bahagikan mengikut kadar purata bulan sebanyak RM29.20.Harus difikirkan juga kebanyakkan kegiatan dakyah memberi ganjaran yang lebih hebat dari kita.Duit bukan aras ukur untuk menilai akidah seorang Cuma masyarakat ini lebih tergugat imannya atas kedaifan kehidupan mereka. Ekonomi adalah satu aspek harus kita diberi perhatian dalam memberi atau menyebarkan dakwah kepada masyrakat asli .Apa yang harus kita lakukan ialah selain kita menyampaikan dakwah,kita harus berusaha untuk membuang sikap kita dengan memberi Serve semasa memeluk islam tetapi tidak memberi Service selepas menerima islam dan pengerak sendiri harus pandai memainkan peranan untuk menghidupkan dan mengimarahkan suasana di perkampungan Asli dan disamping membuka minda masyrakat sekeliling untuk menerima saudara baru asli tanpa meletakkan satu keraguan pada akidah kaum ini. Akhir dari saya , saya memohon pihak-pihak yang terlibat supaya lebih serious dalam menyampaikan dakwah yang berterusan ,Sesungguh tidak ada nilai ganjaran yang Allah akan berikan atas kerja-kerja ikram kita keatas jalan Allah.Saya juga meminta supaya ramai saudara baru yang ingin bergiat dalam mendalami dan ingin menyampai kan dakwah kepada none muslim semoga dengan adanya konsep Serve And Service dari semua kepada yang baru memeluk islam dapat membentuk seoranag muslim dan bartatih dengan bantuan semua menuju ke destinasi yang diredhai oleh Allah S.W.T

Saya sudahi dengan sepotong ayat dari Kalamullah: “Serulah semua manusia kejalan Tuhanmu secara bijaksana, dan berilah peringatan secara lemah lembut, dan berbahaslah dengan jalan yang paling baik” – Qur’an 16:125

Semoga Islam subur dalam kehidupan Saudara-saudara saya yang baru dan yang akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T

Yang Benar. Bro .Mohammad Azizi Iqmal B Abdullah.

SAHABAT SAYA SAUDARA BARUU


1 comment:

  1. salam...saya seorang pelajar yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang sosiologi..saya berminat untuk membuat kajian tentang saudara baru ini. jadi boleh tak saudara bantu saya memberi pandangan tentang permasalahan yang sering dihadapi oleh golongan ini sebagai topik kajian saya..boleh email pada saya norrul7@yahoo.com...terima kasih..

    ReplyDelete