Sya ade terbaca satu artikel tentang sunnah kenduri kahwin. Hal ini kerana saya berasa terpanggil di musim cuti sekolah ini banyak jemputan-jemputan Walimatulurus yang saya terima . Di sini saya mencoretkan bebrapa sunnah untuk membuat kenduri kahwin kepada bakal-bakal pengantin baru....
Kenduri kahwin bermaksud mengadakan jamuan untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini adalah anjuran dan sunnah Rasullullah S.A.W. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. katanya: "ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi S.A.W. menjadi seorang pengantin dengan Zainab, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai." (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasullullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman Bin Auf kesan kuningb,lalu baginda bertanya: "Kesan apakah itu? Abdul Rahman menjawab,: "Wahai Rasullullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskawinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: "Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing."(Muttafaqun Alaih)
Di negara kita waktu cuti sekolah kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai sambutan dan pastinya kenduri kahwin. Kebiasaannya satu hari ade dua atau tiga jemputan. Waktu inin dipilih kerana inilah masanya yang sesuai untuk semua sanak saudara dan ahli keluarga berkumpul berbanding hari-hari biasa.
Hikmah diadakan Kenduri
Antara hikmah diadakan kenduri kahwin ialah:
- Melahirkan rasa kessyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga
- Melahirkan rasa gembira kerana atas ikatan perkahwwinan
- Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
- Mengisytiharkan kepada orang ramain bahawa pasangan pengantin telah menjadi suami isteri yang sah
- Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan silaturrahim
- Diadakan secara sederhana iaitu dilakukan persediaan yang tidak perlu hingga membawa kepada pembaziran sehingga berhutang
- Kenduri dilakukan secara sederhana tanpa riak dan bangga diri
- Tidak mengandungi unsur-unsur kurafat seperti acara menolak bala atau mengamalkan adat-adat yang membawa kepada syirik
- Tidak menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah (tidak jelas kehalalannya)
- Tidak mengandungi perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak) sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan dari Umar al Khathtab r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah duduk di meja makan yang dihidangkan minuman keras (khamar)." (hadis Riwayat Ahmad dan at-tirmidzi)
- Tidak mengkhususkan jemputan kepada orang kaya sahaja
- Digalakkan mengundang orang-orang yang soleh
- Disunatkan menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada tuan rumah bagi mengurangkan beban tuan rumah yang sebenarnya menyuburkan semangat gotong-royong di kalangan masyarakat.
Hukum Menghadiri Undangan Walimah
Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis:
Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis:
Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar r.a katanya rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya." Riwayat al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah SAW juga bersabda "Dan sesiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya." Riwayat al-Bukhari)
Laksanakanlah walimah sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan daripada Allah SWT. Firman Allah dalam surah Al-Israa' ayat 27 maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan, sedang syaitan itu itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada TuhanNya."

No comments:
Post a Comment